Quantcast
Channel: XercesTouch » perniagaan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Kenapa Saya Menyertai Shaklee?

$
0
0

Saya terlibat dengan Shaklee sejak bulan September 2012. Pada masa tu cuma nak mendapatkan set penyusuan Shaklee yang dipromosikan upline saya. Lepas melihat prospek dengan Shaklee saya tergerak hati untuk menjadi Independent Distributor.

Walaupun pendapatan saya dan suami mencukupi untuk menampung perbelanjaan kami seharian saya menyertai geng Shaklee untuk mencabar diri saya untuk berjaya dalam perniagaan. Mungkin perniagaan adalah darah daging saya. Atok, pak cik dan ayah saya sendiri adalah businessman. Tambahan pula saya melihat sendiri kejayaan upline saya yang mendapat pendapatan RM145K sebulan.

Saya mula berniaga sewaktu kecil. ketika itu menjaga kaunter di kedai makan atok saya di Buloh Kasap, Segamat. Tugasnya mudah. Kira jumlah yang pelanggan makan, ambil duit pelanggan dan pulangkan duit baki. Tapi saya seronok melakukannya. Kemudian saya ke kolej. Di kolej pula saya ambil stok buku dan peralatan perubatan dari India dan jual di kolej. Untungnya sangat lumayan. Saya lakukan sendirian. Sebab saya enjoy berniaga.

blog

Kemudian selepas berkahwin saya terdetik untuk kembali berniaga. Berniaga melalui internet. Kali ini jual barangan hiasan dalaman ala English-style. Saya ambil stok barang dari Kemaman dan mempromosi di internet melalui blog. Tetapi perniagaan saya kali ini tidak menjadi. Sale tidak menggalakkan. Saya tidak berputus asa. Dengan menggunakan platform marketing yang sama saya cuba pula barangan craft. Walaupun business ini mendapat sambutan tetapi disebabkan kekangan masa saya tidak teruskan perniagaan ini.

Setelah beberapa ketika senyap dari berniaga saya bertemu dengan upline saya. Kak Wan. Seperti saya ceritakan di atas, saya cuma mencari produk milk booster tetapi Kak Wan menawarkan perniagaan yang saya tak mampu untuk tolak. Terima kasih kepada beliau. Dengan pulangan perniagaan yang memuaskan saya terus menjual produk Shaklee sehingga ke hari ini. Sikit-sikit makin berkembang.

Sekarang saya makin bersemangat dan bercita-cita tinggi untuk mencapai tahap Master. Upline saya kata dia yakin saya dapat capai dalam masa setahun. Sedangkan dia berkeyakinan tinggi dengan kemampuan saya mengapa pula saya tidak meletakkan keyakinan yang lebih tinggi. InsyaAllah dengan sokongan suami dan keluarga saya akan berusaha lagi.

Kepada mereka yang masih tercari-cari kaedah berjaya dalam perniagaan saya sarankan anda menceburi perniagaan Shaklee ini. Anda tidak perlu modal yang besar. Malah saya berani jamin untung dari perniagaan ini akan cover balik dalam masa yang singkat. Sekiranya anda seorang bijak pandai IT atau study marketing dekat university dulu saya yakin anda dapat pergi jauh. Lebih jauh dari saya dalam Shaklee.

Mahukah anda mendapat pendapat 5-6angka sebulan? Jom kita sama-sama berusaha. Saya sendiri masih dalam perjalanan menuju financial freedom saya. Anda tidak perlu tunggu umur hampir pencen untuk capai financial freedom. Lakukan sekarang. Mari bersama-sama kami untuk kita menuju ke puncak kejayaan.

success kid

Hubungi saya di 017-7164989 atau email saya xercestouch@gmail.com untuk mengetahui bagaimana anda boleh berjaya dengan Shaklee.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5